Talam dua muka Hutan_tropika

Negara Barat bersikap talam dua muka dan tamak . Mereka sering berdolak dalik dalam pelbagai perkara isu alam sekitar.

Tembelang mereka pecah apabila Dr Frank Notestein menyarankan Barat jangan membantu pembangunan ekonomi dan perindustrian di dunia selatan ( nregara-negara sedang membangun ) kerana pada akhirnya penduduk barat jadi kecil dan kekayaan serta kuasa orang barat akan merosot. Siapakah yang mempunyai idea buruk ini. Dr Frank Notestein adalah berbangsa Amerika dan pernah menjadi Ketua Bahagian Kependudukan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pada masa kini, 30 % penduduk dunia berada di negara maju dan 70 % penduduk lagi tinggal di negara sedang membangun. Tapi 70 % harta dan kekayaan dunia dinikamti oleh negara maju.

Anehnya penduduk Amerika Syarikat hanya 6 % dari penduduk dunia tetapi menggunakan seperempat minyak dunia. Begitu juga dengan persoalan mengapa hanya 7 buah negara sahaja yang kaya menyertai G7 atau mengapa 20 buah negara sahaja layak menyetai OECD.

Negara-negara tropika amat perlukan kepada pembangunan ekonomi. Apa yang mereka boleh jual ialah sumber asli iaitu kayu balak tropika. Negara-negara tropika tidak mempunyai barangan perindustrian untuk dijual. Barangkali negara maju suka melihat penduduk di kawasan ini terus tinggal mundur dan kelaparan.

Tidak mungkin negara-negara tropika bergantung kepada sumbangan negara barat, pinjaman dari tabung dunia dan MF.

Semua sumber kewangan ini mempunyai niat yang tersembunyi. Kerajaan-kerajaan negara sedang membangun selalunya akan diugut jika menentang mereka. Melalui Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa IMF , nedara maju menekan dan mengugut akan menarik balik bantuan serta pinjaman yang diberikan kepada Dunia Ketiga jika gagal memmatuhi peraturan dan syarat-syarat mereka. Di manakah kejujuran mereka ?.